Tutup aurat dengan sempurna

April 14, 2018

credit to Amanda Leigh 


Image result for bismillahirrahmanirrahim transparent


السلام عليكم


Jadi harini Shaa nak share dengan korang semua tentang aurat yang sempurna :) Firstly, Shaa kongsi ilmu ni bukan sebab Shaa tutup aurat perfect ke tak. Shaa pun masih belajar dan masih ada kesalahan yang perlu diperbetulkan. Jadi sama2 kita usaha untuk perbetulkan kesilapan kita :) 

  • TUDUNG MELEPASI DADA, TUTUP BAHU DAN BELAKANG
      okayy bab tudung menjadi isu paling hangat dikalangan netizen2 zaman sekarang. Tidak mention sesiapa. Kadang diri sendiri ni pun alpa pakai tudung ikut sedap rasa sekali belakang pendek? Allahu. Takpe. Kepada sesiapa yang baru tahu masih ada masa untuk ubah gaya pemakaian kita :) Sebelum keluar, check dulu tudung kita ni ok ke tak. Lepas tak, ikut syariat tak.

  • PAKAIAN TIDAK JARANG
Okayy bab pakaian ni, termasuklah baju, tudung, seluar, kain dan apa sahaja yang kita pakai. Asalkan tidak nampak tubuh badan kita. Awak2 semua ni sangat sangat sangat lah berharga. Jadi, kita tak boleh bagi orang tengok tubuh badan kita tu free2 je tau :) Ingatan ni untuk diri sendiri jugak. Selalu kita terlepas bab apa? ya betul tu bab tudung! *k takde orang jawab pun sebenarnya >.< Kadang shawl yang kita pakai selalu tu, biase kain chiffon kan? Kain itu memang jarang. Shaa ada banyak jugak shawl kain chiffon ni. Tak. Memang tak salah awak nak pakai tudung kain apa pun style apa pun. Yang penting ikut syariat. Banyak sebenarnya inisiatif untuk kita buat tudung tu boleh dipakai mengikut syariat. Contoh shawl chiffon tu kalau taknak jarang, pakai inner neck kat dalam. Atau kalau ada tudung hitam syria tu, haa boleh la pakai. Macam2 lagi inisiatif boleh buat. Yang penting hendak seribu daya, taknak seribu dalih :)

  • BAJU ATAU SELUAR MESTILAH LONGGAR
Bab baju ramai yang terlepas pandang. Longgar dah longgar dah. Tapi alamak pendek pulak. Labuh tu biarlah tutup punggung. Kan lebih manis orang memandang :) Seluar pun sama. Biasalah, sekarang zaman media social je kan. Ada je trend2 sekarang ni. Tak salah nak ikut trend, asalkan syariat islam tu semua dah ikut. Baju dah labuh dah, tudung dah tutup dada dah. Tapi tiba2 tang kaki tu pakai seluar skinny pulak. Tak manis gitu sayang2 sekalian. Shaa tak cakap orang. Shaa sendiri pun kadang ada jugak terbeli seluar tu tak lah ketat sendat tapi ngam2 je kaki. Pakai la seluar slack ke seluar yang baggy2 je lebih cantik :) perlahan2 kita berubah ye :)

  • TUTUP LENGAN
Ni pun selalu selalu selalu sangat kita terlepas pandang. Kadang, pakai tudung tapi pakai T-shirt lengan pendek? Kadang, pakai baju lengan panjang tapi lengan tersingsing. Itulah bergunanya handsocks. Kadang Shaa pun tak pakai. Takpe perlahan2 kita cuba ye! :) Dan nasihat Shaa disini, kalau nak upload gambar yang ada gambar tersingsing lengan tu, edit la dulu. tutup lengan awak2 yang cantik tu dulu ya :)

  • STOKING
Ramai jugak yang anggap stoking ni tak perlu pun. Awak2 semua jangan tersalah ye. Tutup kaki itu juga adalah satu kewajipan menutup aurat dengan sempurna :) Stoking pun sama. Jangan yang jarang ye. Kalau ada alasan pakai selipar tu tak boleh pakai stoking, sekarang ni sangat lah maju. Ada jual stoking yang ada celah di ibu jari kaki tu. Haa boleh la awak2 semua sarung selipar dengan selesa :) Ingatan Shaa sekali lagi, kalau ada gambar kita atau kawan2 yang tak pakai stoking nak upload kat mana2 social media tu edit tutup dulu kaki awak yang comey2 tu ya :)

Boleh je awak2 semua nak ikut trend sekarang ni. Denim jacket? Bawal chiffon? Seluar yang line tiga tepi tu? Sneakers? Topi? Ye awak. Awak boleh je pakai semua tu. Syarat nya ikut je syariat :) Islam itu memudahkan. Sebelum nak keluar tu check dulu semua pakaian awak ikut syariat ataupun tidak. Semoga kita selalu dirahmatiNya :) Harap entri kalini bermanfaat dan boleh menjadi sumber ilmu kepada awak2 yang membaca ni :) Jika ada tambahan, feel free to comment :D Biar perlahan asalkan kita tetap berusaha kearah kebaikan :) Pegang kata2 ni ye kawan2 :)

You Might Also Like

2 ulasan

  1. perkongsian yang baik. inshaAllah saya amalkan. teruskan 'berdakwah'. tak ramai dah yang nak ingatkan saudara sesama Islam untuk menjadi lebih baik sekarang :) keep on writing hihi

    https://insyirahanorpiah.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih :) In shaa Allah Shaa cuba :)

      Padam

Instagram